Sunday, July 10, 2011

Roti John Gardenia



Tiap2 pagi sebelum anak2 Maksu pergi sekolah dan suami Maksu pergi kerja, Maksu pastikan mereka semua bersarapan dahulu. Pagi ni Maksu buatkan mereka Roti John Gardenia untuk sarapan pagi dengan doa dan harapan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran dan juga kerja.

Senang saja nak menyediakan Roti John Gardenia ni, berkhasiat pulak tu.... Untuk menyediakannya kita memerlukan:

Sebuku Roti Gardenia
Daging cincang -250gm
3 @ 4 biji telur ayam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit mentega
rempah ikan @ daging
lada sulah / hitam

Caranya:
1. Bawang besar dipotong kiub.
2. Bawang putih dicincang.
3. Tumiskan kedua2 bawang dengan menggunakan 2 sudu mentega sehngga layu.
4. Masukkan rempah, kacau sedikit dan masukkan secawan air dan biar mendidih.
5. Masukkan lada, garam dan sedikit gula secukup rasa. Sejukkan...

Maksu gunakan kuali leper. Senang, skali naik 4 keping roti dapat...
Letakkan sedikit mentega ata kuali. Pukul telur. Campurkan dengan rempah yang telah kita tumis tadi dan gaulkan. Ratakan campuran telur tadi di atas kuali. Terus letakkan roti di atasnya semasa telur masih basah...(terlupa plak maksu nak ambil gambar, dah makan baru teringat). Bila telur dah masak, Roti John Gardenia siap untuk dihidangkan...

Enak dan berkhasiat walaupun rupanya tak cantik....

No comments:

Post a Comment