Thursday, July 14, 2011

My Homemade Macaroons

Hari ni Maksu buat Chocolate Macaroons...Punyalah kelam kelibut....Terlupa ada baby tp tringin nak buat jugak....Penat la, sekejap lari tgk baby, sekejap lari ke dapur plak....Tapi, hasilnya, alhamdulillah....anak2 kata sedap....Ini resepinya, Maksu ambik dr youtube...

A. 125 gm gula icing
2 sudu besar serbuk koko
***kedua2 bahan dicampur dan diayak 3 kali

B. 30 gm gula kastor
2 biji telur putih
***dipukul keduanya dengan kelajuan maksimun

C. 90gm badam halus

Cara2nya....
Campurkan bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan senduk.


Masukkan badam dan kacau hingga sebati..

Kemudian, masukkan adunan (batter) ke dalam piping beg dgn acuan tekap berukuran 1cm...Tekapkan adunan sebesar syiling 50 sen di atas kertas pembakar.

Bakar di dalam oven dgn kepanasan 150 darjah Celcius selama 15 minit.

Bila telah masak, sejukkan dahulu sebelum diangkat. Setelah itu, sapukan coklat Nutella pada sekeping macaroon lalu ditangkupkan dengan kepingan yg lain...

Sunday, July 10, 2011

Rendang Tok





Hari ni Maksu buat lagi Rendang Tok, masakan tradisional Negeri Perak....Semasa aruah maktua masih ada dulu, dapatlah makan Rendang Tok asli yang memang best sangat2.


Tapi kini, kalau nak makan Rendang Tok, terpaksalah buat sendiri...Rendang Tok Versi MummyK @ Maksu (orang yang sama)....

Bagi orang2 Perak,jangan marah tau kalau Rendang Tok MummyK ni tak berapa mencapai piawai Rendang Tok asli....Maksu tak buat kering betul, bagi basah2 sikit.....tapi....rasanya memang superb!!!!

Rendang Tok

Bahan-bahan:
1.5kg daging lembu didadu
1 liter / 4 cawan santan (daripada 2 biji kelapa parut dan 1 liter ( 4 cawan air)
55 gram (1/2 cawan kerisik)maksu guna 2 paket
1 sudu besar jintan putih (halus serbuk)
1 sudu besar jintan manis (kasar serbuk)
garam
gula

Dikisar halus halus

4 sudu besar pes cili @ ikut kegemaran klu nak lebih pedas
2 biji bawang besar, dikupas
6 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
3cm halia, dikupas
4 batang serai, dihiris halus-halus
2cm lengkuas, dikupas

Cara

1. Bubuh daging, santan dan bahan kisar di dalam kuali dan renihkan. Masak di atas api kechil sehingga daging empuk.

2. Tambah kerisik, jintan putih/ halus dan jintan manis/ kasar. Masak sehingga kuah mula memekat.

3. Masukkan gula dan garam dan terus masak sehingga daging menjadi agak kering. Hidang bersama nasi.
****anggaran masa memasak dalam 4 jam gitu...

Roti John Gardenia



Tiap2 pagi sebelum anak2 Maksu pergi sekolah dan suami Maksu pergi kerja, Maksu pastikan mereka semua bersarapan dahulu. Pagi ni Maksu buatkan mereka Roti John Gardenia untuk sarapan pagi dengan doa dan harapan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran dan juga kerja.

Senang saja nak menyediakan Roti John Gardenia ni, berkhasiat pulak tu.... Untuk menyediakannya kita memerlukan:

Sebuku Roti Gardenia
Daging cincang -250gm
3 @ 4 biji telur ayam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit mentega
rempah ikan @ daging
lada sulah / hitam

Caranya:
1. Bawang besar dipotong kiub.
2. Bawang putih dicincang.
3. Tumiskan kedua2 bawang dengan menggunakan 2 sudu mentega sehngga layu.
4. Masukkan rempah, kacau sedikit dan masukkan secawan air dan biar mendidih.
5. Masukkan lada, garam dan sedikit gula secukup rasa. Sejukkan...

Maksu gunakan kuali leper. Senang, skali naik 4 keping roti dapat...
Letakkan sedikit mentega ata kuali. Pukul telur. Campurkan dengan rempah yang telah kita tumis tadi dan gaulkan. Ratakan campuran telur tadi di atas kuali. Terus letakkan roti di atasnya semasa telur masih basah...(terlupa plak maksu nak ambil gambar, dah makan baru teringat). Bila telur dah masak, Roti John Gardenia siap untuk dihidangkan...

Enak dan berkhasiat walaupun rupanya tak cantik....